Archive for the 'Novels' Category

Sayap Sayap Cinta

May 29th, 2007 by ahadiat

Sayap Sayap CintaBagaimana perasaan seorang suami yang terlalu amat mencintai isterinya apabila terlihat gambar silam si isteri?Melati bersumpah dengan nama Tuhan. . . dia tak pernah tahu tentangnya! Sukar bagi Ridhuan untuk mempercayai isterinya itu telah melakukannya. Tetapi gambar dan negatif itu. . .telah merobohkan segala kepercayaannya! Kalau diteruskannya perkahwinan itu, tidakkah nanti dia dianggap dayus? Kalau diceraikannya Melati. . . tidakkah nanti hatinya mati? Tetapi. . . untuk meneruskan hidup bersama Melati adalah sangat mustahil! Melati hanya mampu berserah kepada Allah, mengharapkan sayap-sayap cinta terus terbang mencari kebenaran yang begitu mustahil untuk dibuktikan. . . kerana seingatnya dia tidak sesekali pun pernah melakukannya!

untuk tiga hari (uth)

October 29th, 2006 by ahadiat

Untuk 3 Hari

kita sering memandang ringan tentang perceraian! lihatlah saja angka perceraian yang semakin meningkat saban tahun. apa puncanya? macam-macam! dan, bagaimana jikalau sepasang kekasih yang telah pun memeterai janji sehidup semati terpaksa memenuhi permintaan untuk mengahwini pasangan yang dipilih keluarga? begitulah yang dialami sepasang kekasih ini dan kerana tidak mahu menghampakan harapan keluarga, mereka memenuhi juga hasrat itu. lalu, mereka berjanji berkahwin hanya untuk tiga hari. mereka telah memilih tarikh, waktu dan aturcara yang sama. tatkala si dara bersanding, di majlis yang lain… si udanya juga sedang diraikan di atas pelamin! dan, mereka laluinya dengan hati yang terluka sedangkan sanak-saudara gembira ria meraikan raja sehari. lalu, selesai saja majlis persandingan, mereka mula menghitung hari, 1, 2, 3… dan apabila Continue reading ‘untuk tiga hari (uth)’

secangkir kopi panas di pilot cafe (skpdpc)

October 29th, 2006 by ahadiat

Secangkir Kopi Panas di Pilot Cafeskpdpc adalah sequel dari novel pilot cafe. sudah baca novel pilot cafe? dapatkannya di pasaran dengan wajah dan penampilan baru yang begitu tersendiri. dan, bagi sesiapa yang telah pun membacanya, pasti masih ingat lagi bagaimana ameer gagal memenangi cinta maya yang mahu kembali ke kampungnya untuk mencari bekas kekasihnya; rashid. berjayakah maya menemui rashid? dan, jika berjaya, sudikah rashid menyambung semula cinta yang terbengkalai itu? kalaulah rashid menolaknya, bagaimana pula dengan harapan maya yang menggunung? adakah kembalinya maya semula ke pilot cafe, sambil meneguk secangkir kopi panas memungkinkan ameer memenangi semula hati maya? segalanya berkemungkinan. dan, sharmila juga kembali semula ke pilot cafe, bertemu ameer sedangkan kehidupan rumahtangganya Continue reading ’secangkir kopi panas di pilot cafe (skpdpc)’

Pilot Cafe

August 30th, 2006 by ahadiat
Pilot Cafe Di pilot cafe satu lembaran cinta telah mula berputik. Kehidupan ini bermula di mana-mana. . . tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya. . . dia bertemu Ameer. . . lelaki yang hanya tau menodai cinta. bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe. . . segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci.Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini. . .